Mencipta petisyen dalam talian di Avaaz
Bagaimanakah untuk mencipta petisyen?Dengan adanya platform petisyen komuniti Avaaz, anda boleh mencipta petisyen dengan mudah melalui langkah-langkah berikut:
Untuk panduan dan petua, sila klik sini.
- Masukkan maklumat mengenai petisyen anda -- apa yang ingin dicapai, kepada siapa anda tujukan dan menerangkan tuntutan tersebut secara mendalam.
- Sahkan e-mel anda -- klik pautan dalam e-mel pengesahan yang anda terima menggunakan pelayar web yang sama.
- Terbitkan petisyen anda -- teliti, sunting perkara yang ingin diubah, dan seterusnya menerbitkan petisyen anda.
- Kongsikan petisyen anda -- kongsikan kepada orang ramai dan mula mengumpul tandatangan. Alamat laman petisyen anda juga disertakan dalam e-mel yang anda terima.
Untuk panduan dan petua, sila klik sini.
Bagaimanakah untuk menyunting petisyen saya?
Selepas petisyen diterbitkan, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk menyunting atau mengemaskini kandungan petisyen anda:
- Sila layari Laman Petisyen Avaaz dan log masuk.
- Setelah log masuk, klik pada 'akaun saya' dan seterusnya klik 'ketahui lebih lanjut' bagi petisyen berkenaan.
- Di bawah 'Senarai Semak Petisyen', klik pada perkara yang ingin disunting atau dikemaskini.
- Jangan lupa untuk simpan tetapan petisyen anda selepas selesai menyunting.
Mengapakah petisyen saya tidak dipaparkan selepas klik pada 'sahkan' dalam e-mel pengesahan?
Selepas anda klik pada 'sahkan' dalam e-mel pengesahan yang anda terima, butiran petisyen anda sepatutnya akan dipaparkan yang membolehkan anda meneruskan proses menerbitkan petisyen anda.
Namun, jika laman utama Avaaz yang dipaparkan selepas anda klik pada 'sahkan', ini bermakna pengesahan tidak berjaya. Untuk memastikan pengesahan berjaya:
Namun, jika laman utama Avaaz yang dipaparkan selepas anda klik pada 'sahkan', ini bermakna pengesahan tidak berjaya. Untuk memastikan pengesahan berjaya:
- Sila pastikan pelayar web yang sama digunakan ketika mencipta petisyen anda dan membuka e-mel pengesahan. Cth, jika anda menggunakan Google Chrome ketika mencipta petisyen, anda juga perlu membuka e-mel pengesahan anda di Google Chrome.
- Sila layari Laman Petisyen Avaaz dan log masuk.
- Setelah log masuk, klik pada 'akaun saya' dan seterusnya klik 'ketahui lebih lanjut' bagi petisyen berkenaan.
- Klik pada 'hantar semula e-mel'.
- Dengan menggunakan pelayar web yang sama, anda membuka/log masuk ke e-mel anda.
- Sila buka e-mel pengesahan daripada Avaaz dan klik pada 'sahkan'.
- Laman yang mengandungi butiran petisyen anda akan dipaparkan dan anda boleh klik 'terbit' untuk menerbitkan petisyen anda.
Bagaimanakah untuk menutup petisyen atau mengisytiharkan kejayaan?
Untuk menutup atau mengisytiharkan kejayaan bagi petisyen anda, boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Sila layari Laman Petisyen Avaaz dan log masuk.
- Setelah log masuk, klik pada 'akaun saya' dan seterusnya klik 'ketahui lebih lanjut' bagi petisyen berkenaan.
- Di bahagian 'Mengurus Petisyen', klik 'tutup petisyen' atau 'isytiharkan kejayaan'. Petisyen yang telah diisytiharkan kejayaan tidak boleh ditarik semula!
Mengapakah jumlah tandatangan petisyen saya menurun?
Ada kalanya jumlah kiraan tandatangan menurun ketika proses pengesahan alamat e-mel. Langkah ini diambil bagi melindungi pencipta petisyen daripada tandatangan palsu dan spam.
Bagaimanakah untuk berkongsi petisyen saya?
Setelah anda berjaya menerbitkan petisyen anda, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk berkongsi petisyen anda bagi mengumpul tandatangan:
- Sila layari Laman Petisyen Avaaz dan log masuk.
- Setelah log masuk, klik pada 'akaun saya' dan seterusnya klik 'ketahui lebih lanjut' bagi petisyen berkenaan.
- Anda boleh kongsikan petisyen anda melalui Facebook, X/Twitter, atau melalui e-mel. Di samping itu, anda juga boleh klik pada 'kongsi pautan' yang membolehkan anda menyalin alamat web petisyen anda untuk dikongsikan di mana-mana platform media sosial yang diingini.
Bagaimanakah untuk melihat laman petisyen saya secara langsung?
Setelah anda berjaya menerbitkan petisyen anda, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk mengunjungi laman petisyen anda:
- Sila layari Laman Petisyen Avaaz dan log masuk.
- Setelah log masuk, klik pada 'akaun saya' dan seterusnya klik 'ketahui lebih lanjut' bagi petisyen berkenaan.
- Klik pada 'papan pemuka'
- Klik pada 'lihat secara langsung' dan laman petisyen anda akan dipaparkan.