×
DALAM SEKSYEN INI:
Bantuan
Bagaimana untuk membuat semakan fakta pada petisyen anda
Kenapa saya perlu membuat semakan fakta?
Menandatangan petisyen adalah satu tindakan yang memerlukan kepercayaan. Segala maklumat yang terdapat di Petisyen Komuniti Avaaz mestilah jujur dan benar. Keperluan ini terpakai dalam proses mencipta petisyen serta isi kandungan petisyen tersebut.Bagaimanakah untuk membuat semakan fakta?
RUJUK SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI
Membuat carian di Internet untuk mendapatkan sumber maklumat yang boleh dipercayai bagi setiap fakta yang anda kemukakan seperti dokumen rasmi dan artikel berita daripada media yang sah. Fakta yang dikemukakan oleh organisasi media jauh lebih boleh dipercayai berbanding dengan blog seseorang yang tidak dikenali, laman yang hanya menjaga kepentingan sekelompok individu atau penulisan di media sosial. Ini kerana agensi media yang profesional amat mementingkan kredibiliti dan mempunyai prosedur dan panduan bagi memastikan kebenaran sesuatu fakta.PENDAPAT DAN FAKTA
Fakta adalah penyataan yang boleh disahkan kebenarannya. Pendapat pula adalah luahan seseorang yang berdasarkan penilaian atau kepercayaan dirinya. Dalam contoh ini, “Di kampung saya terletaknya sebuah kedai yang menjual ais krim durian yang amat saya gemari.” Terdapat dua fakta diikuti oleh satu pendapat.ELAKKAN DARIPADA DAKWAAN YANG ANDA TIDAK DAPAT SAHKAN KEBENARANNYA
Sebagai contoh, elakkan “Pembinaan lebuh raya akan membunuh semua harimau”. Sekiranya tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan tersebut, sebaliknya, anda menyampaikan hujah berdasarkan pendapat anda atau pendapat orang lain. Sebagai contoh: “Pakar dari Biro Perhutanan telah menyatakan bahawa habitat harimau akan terbahagi kepada dua disebabkan oleh lebuh raya tersebut, mengancam pergerakan harimau dan menyebabkan suasana kehidupan menjadi mencabar.”. Atau, “Lebuh raya baru ini boleh mengancam kehidupan harimau kerana harimau perlu bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari sumber makanan.”TIADA SUMBER MAKLUMAT AWAM?
Jika anda tidak dapat menemui dokumen awam atau artikel agensi media yang boleh dipercayai untuk menyokong fakta anda, cuba bertanya kepada diri sendiri "kenapa?". Adakah anda pasti maklumat yang dikemukakan adalah tepat? Apakah bukti yang anda ada? Sila pastikan telus dengan sumber yang anda gunakan. Contohnya, jika ia adalah sesuatu yang anda saksikan, nyatakan sedemikian dan masukkan seberapa banyak maklumat yang anda mampu. Gunakan nama sebenar kecuali ada sebab yang kukuh untuk tidak berbuat demikian (hanya nama pertama dan huruf pertama nama akhir anda dipaparkan pada laman ini).Contoh petisyen yang telah melalui semakan fakta:
Hentikan penggalian minyak di Persisiran Algarve!
Algarve menarik minat jutaan pelancong [1] ke pantai yang indah, makanan yang lazat, dan cuaca yang baik [2]. Kawasan ini bergantung pada sektor pelancongan [3] yang perlu mengekalkan persekitaran dan air yang bersih.Syarikat minyak ENI/Galp telah diberikan lesen [4] yang menerima bantahan daripada penduduk tempatan [5] untuk menjalankan aktiviti penggalian di laluan migrasi ikan lumba-lumba dan ikan paus tanpa adanya kajian terhadap impak persekitaran [6]. Tambahan pula, ia adalah kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya gempa bumi [7].
Kami adalah penduduk lautan, bukan tukang bersih minyak. Ini adalah satu tindakan jenayah yang akan menjadi seperti bencana di Teluk Mexico - tolong kami hentikan ini.
Sumber:
[1] Benar: Algarve menarik lebih daripada 4 juta pelancong pada 2016https://en.wikipedia.org/wiki/Tourism_in_Portugal
https://www.ine.pt/ngt_server/attachfileu.jsp?look_parentBoui=299820007&att_display=n&att_download=y
[2] Dakwaan ini tidak perlu disemak faktanya kerana ia bukanlah fakta. Sama ada kita merasakan sesuatu itu indah, baik, salah atau betul, ia adalah pendapat.
[3] Benar: Sektor pelancongan adalah industri utama di Algarve:
https://ec.europa.eu/growth/tools-databases/regional-innovation-monitor/base-profile/algarve-region-portugal-0\n
[4] Benar: ENI/Galp telah diberikan lesen untuk menjalankan aktiviti penggalian di Persisiran Algarve:
http://www.theportugalnews.com/news/algarve-oil-drilling-approved/45624\n
[5] Bolehkah penulis membuat dakwaan dan bersuara mewakili 'kehendak orang ramai'? Dalam kes ini, ya: terdapat perundingan orang awam tentang keperluan untuk menjalankan kajian penilaian impak. 100% perundingan awam atau 42,000 orang menuntut kajian tersebut yang akhirnya tidak dijalankan oleh agensi alam sekitar:
https://www.dn.pt/lusa/interior/petroleo-lpn-indignada-subscreve-receios-de-plataforma-algarve-livre-de-petroleo-9352627.html\n
- Laporan akhir boleh dimuat turun di bawah "Relatório de Consulta Pública":
http://participa.pt/consulta.jsp?loadP=2160
- RTA, agensi pelancongan kawasan Algarve juga membantah penggalian tanpa adanya kajian penilaian impak:
https://www.dn.pt/lusa/interior/petroleo-avanco-do-furo-sem-estudo-poe-em-risco-habitantes-do-algarve---turismo-9351924.html
- 16 bandar di kawasan itu membuat bantahan terhadap penggalian tanpa kebenaran:
https://www.dn.pt/lusa/interior/municipios-do-algarve-criticam-governo-e-pedem-fim-da-prospecao-de-petroleo-9110491.html
[6] Benar: Kerajaan mengeluarkan lesen tanpa adanya kajian penilaian impak:
https://algarvedailynews.com/news/14246-no-environment-impact-assessment-needed-oil-drilling-to-go-ahead-off-aljezu
[7] Benar: Algarve dan Lisbon adalah kawasan paling berisiko tinggi untuk berlakunya gempa bumi di Portugal:
http://www.theportugalnews.com/news/new-study-shows-algarve-and-lisbon-are-most-prone-to-earthquakes-as-small-tremor-hits-faro/40939
Mulakan petisyen anda
Platform Petisyen Komuniti Avaaz telah membolehkan ribuan yang lain untuk memulakan dan menjayakan kempen di peringkat tempatan, nasional, dan antarabangsa!