×
DALAM SEKSYEN INI:
Bantuan
Menulis Tajuk Petisyen
Sampaikan dalam 100 aksara
Tajuk adalah bahagian pertama yang dilihat di petisyen anda-- dan jika tidak dapat menarik perhatian mereka, mungkin ia adalah yang terakhir! Inilah sebabnya amat penting untuk menggunakan beberapa perkataan yang jelas, menarik, dan benar-benar menggambarkan intipati petisyen tersebut. Berikut adalah beberapa contoh dan cadangan untuk mengukuhkan tajuk petisyen.
PETUA:
- Masukkan “meme”: Kata-kata yang mudah diingati dan merangkumkan kesemua maklumat.
Contoh: berlian berdarah, Tibet rayu bantuan dengan tangisan, nyawa mengatasi keuntungan - Spesifik: Anda boleh nyatakan sasaran, undang-undang yang dikatakan dalam petisyen ataupun masukkan nama bandar/negara yang berkaitan.
- Gunakan kata kerja aktif: Jadikannya sesuatu tindakan yang akan disokong oleh orang ramai.
CONTOH:
- Malaysia: Luluskan Pindaan Ruu Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori!
Jelas menyatakan lokasi dan undang-undang yang dikatakan pada masa yang sama menonjol kepada orang ramai. - Guru Besar Siti: Hentikan Diskriminasi Ke Atas Pelajar
Gunakan kata aktif dan membentuk tuntutan petisyen anda sebagai satu keputusan yang boleh diambil oleh sasaran anda. - Lucutkan Jawatan Rupert Murdoch
Terus Terang-- gunakan kata-kata yang boleh digunakan sepanjang kempen dan menjelaskan tuntutan dalam bahasa yang mudah diingati dan segar dalam minda. - CEO Hilton, Nassetta: Hentikan rogol di hotel anda
Nyatakan sasaran anda secara langsung pada masa yang sama membentuk perkaitan yang mengerikan dan menimbulkan kontroversi. - Menjawab tangisan Tibet untuk bantuan, Hentikan tindakan keras China
Jelas dan ada unsur ingin tahu-- anda memahami bahawa penduduk Tibet memerlukan pertolongan untuk mempertahankan diri daripada tindakan keras China namun anda tidak pasti apa sebenarnya tangisan itu atau bagaimana kita boleh "menjawabnya". - Beritahu menteri alam sekitar EU : "bolot atau pokok" dalam dasar perhutanan kita?
Sedikit unsur gurauan boleh membawa kesan yang berpanjangan.
Mulakan petisyen anda
Platform Petisyen Komuniti Avaaz menyokong beribu-ribu orang untuk memulakan dan menjayakan kempen di peringkat tempatan, nasional, dan antarabangsa!